Khamis, Ogos 04, 2011

CALON STPM 2010 YANG BERJAYA KE IPTA (KEMASUKAN SEPTEMBER 2011)

TAHNIAH!

BIL
NAMA
IPTA
JURUSAN
1
Masitah Othman
UM
Syariah
2
Norharlina Abdul Razak
UM
Astronomi Islam
3
Siti Nordiana Rifai
UKM
Al-Quran & As-Sunnah
4
Nordiyana Salehan
UKM
Syariah
5
Azimah Misrom
UKM
Dakwah & Kepimpinan
6
Nur Atikah Mohd Hussen
USIM
Al-Quran & As-Sunnah
7
Siti Nur Aishahkirin Jaafar
USIM
Kaunseling
8
Siti Nur Aqilah Mohd Shariff
USIM
Kaunseling
9
Siti Asiah Abdul Hamid
USIM
Bahasa Arab & Komunikasi
10
Liyana Jamian
UPM
Bahasa Arab
11
Siti Nur Naemah Ahmad
UniSZA
Syariah
12
Mohamad Hanif Ab Samad
UniSZA
Syariah
13
Aiman Mobil Ahmad
UNIMAS
Kajian Komunikasi
14
Muhammad  Amrun Ruzali
UKM
Pengajian Arab & Tamadun Islam
15
Mohamad Fikri Haqim Mohd Idris
UPM
Bahasa Arab
16
Muhammad Syahmi Mohd Shah
UiTM
Sains Sukan

Sabtu, Jun 25, 2011

Tawarikh Penting Sepanjang Julai 2011

2 Julai 2011
Larian 1Murid 1Sukan

13 Julai 2011
Pertandingan Indoor Game Karnival Pra-U Segamat 2011

  
21 Julai 2011
Kolokium Pra-U Daerah Segamat

22 Julai 2011
Kolokium Pra-U Negeri Johor 2011

29-31 Julai 2011
Lawatan Pra-U (Enam Rendah) ke Terengganu

Khamis, Mei 12, 2011

Majlis Pendaftaran Prauniversiti SMKA Segamat 2011

9 Mei 2011 
Jika mengikut senarai yang kami terima, seramai 210 pelajar telah ditawarkan secara online untuk melanjutkan pengajian mereka ke Tingkatan 6 Bawah di SMKAS. Namun yang hadir pada hari pendaftaran cuma 42 orang sahaja. Namun jumlah itu dianggap wajar, kerana seperti kebiasaan, para pelajar akan datang mendaftar secara "beruncit-runcit" dan akan mencecah lebih 50 orang seperti tahun-tahun yang lalu.


Majlis pendaftaran bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi taklimat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung - terutamannya para pelajar Tingkatan 6 Atas yang sangat ringan tulang membantu.


Kepada semua pelajar baru, selamat datang diucapkan. AHlan wa sahlan wa marhaban bikum! Moga kalian bertemu cinta baru di sini.

Jumaat, April 29, 2011

Lawatan Ilmiah ke Parlimen dan PWTC

Sebagaimana tahun lalu, MPPU SMKA Segamat sekali lagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen. Tarikhnya 27 April 2011. Hari Rabu. Bertolak jam 7.10 pagi dan tiba semula di SMKAS jam 10.10 malam.

Parlimen, kami datang!
Di hadapan pintu masuk ke Parlimen
Tiada sidang Dewan Rakyat di sana, sebaliknya hanya Dewan Negara yang sedang berlangsung dari 7 April hingga 28 April 2011. Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC juga sedang berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2011, justeru rombongan kami juga mengambil peluang untuk ke sana. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.

Sejurus sidang Dewan Negara
Bergambar kenangan bersama Pengerusi PTS Publications, Puan Ainon Mohd.
Solehah, Syawana dan Amzar Sabri bersama Ustazah Hafiza
Moga lawatan sebegini akan memberi impak yang positif ke dalam diri para pelajar. Terima kasih juga buat mantan pelajar (batch STPM 2009) seperti Amzar Sabri Azhar (UPM), Solehah Ghazali (UKM) dan Nurul Syawana Ismail (UKM) yang turut menyertai rombongan kami dan memberi perangsang buat calon-calon STPM tahun ini.

Selasa, April 26, 2011

Tawaran ke Tingkatan Enam Rendah 2011

Keputusan ke Tingkatan 6 boleh diketahui melalui SMS mulai 2 Mei 2011. 

Taip MOE (jarak) T6 (jarak) NO_KP Hantar ke 15888. 

Atau boleh saja diketahui menerusi laman web KPM

Dari sumber rasmi yang saya terima, pendaftaran pelajar Tingkatan Enam Rendah 2011 ialah pada 9 Mei 2011.

Sebarang rayuan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dari pihak sekolah, PPD terdekat dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. 

Selasa, April 19, 2011

Kem Jati Diri Pra-U SMKA Segamat 2011

Bagi mengulangi tradisi tahun-tahun terdahulu, KRISS sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunannya. Kali ini perkhemahan tersebut dinamakan Kem Jati Diri Pra-U SMKA Segamat 2011. Lokasinya, Teluk Gorek Chalet & Camp Site, Tanjung Resang, Endau. Tarikhnya, 8 hingga 10 April 2011. Seramai 28 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat dalam kem ini. Kem ini diisi dengan ceramah motivasi, jungle tracking mendaki Gunung Arong, sukan pantai, berkayak, barbeku, pertandingan memasak dan dirasmikan penutupannya oleh puan pengetua Hajah Siti Esah Abdul Latif.  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Ceramah Motivasi oleh Cikgu Haji Roslan Nikmat
Recall to the future
Senaman pagi pertama

Tapak khemah betul-betul di tepi laut
Makan tengah hari yang lazat
Di Puncak Gunung Arong
Permulaan mendaki Gunung Arong
Cerun sukar
Majlis perasmian penutup
Puncak
Meredah pantai
Pemenang pertandingan berkayak
Seluruh peserta kem 2011

Rabu, Februari 23, 2011

Hari Pengumuman Natijah STPM 2010

Gambar kenangan pelajar dan guru

Senyum dalam debar menanti pengumuman
Debar di dada tidak terhitung
Rindu semalam
Ucapan pelajar terbaik STPM 2010 - Masitah Othman


GPS Sekolah Keseluruhan : 2.77
Bilangan calon : 22 orang
Bilangan calon beroleh 4P : 14 orang
Bilangan calon beroleh 3P : 8 orang
Ranking Negeri Johor : Tempat ke-12 (daripada 89 sekolah)
Ranking Daerah Segamat : Tempat Ketiga (daripada 12 sekolah)
Ranking SMKA Seluruh Malaysia : Tempat Pertama (daripada 32 SMKA)

Tahniah!