Jumaat, April 29, 2011

Lawatan Ilmiah ke Parlimen dan PWTC

Sebagaimana tahun lalu, MPPU SMKA Segamat sekali lagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen. Tarikhnya 27 April 2011. Hari Rabu. Bertolak jam 7.10 pagi dan tiba semula di SMKAS jam 10.10 malam.

Parlimen, kami datang!
Di hadapan pintu masuk ke Parlimen
Tiada sidang Dewan Rakyat di sana, sebaliknya hanya Dewan Negara yang sedang berlangsung dari 7 April hingga 28 April 2011. Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC juga sedang berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei 2011, justeru rombongan kami juga mengambil peluang untuk ke sana. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.

Sejurus sidang Dewan Negara
Bergambar kenangan bersama Pengerusi PTS Publications, Puan Ainon Mohd.
Solehah, Syawana dan Amzar Sabri bersama Ustazah Hafiza
Moga lawatan sebegini akan memberi impak yang positif ke dalam diri para pelajar. Terima kasih juga buat mantan pelajar (batch STPM 2009) seperti Amzar Sabri Azhar (UPM), Solehah Ghazali (UKM) dan Nurul Syawana Ismail (UKM) yang turut menyertai rombongan kami dan memberi perangsang buat calon-calon STPM tahun ini.

Selasa, April 26, 2011

Tawaran ke Tingkatan Enam Rendah 2011

Keputusan ke Tingkatan 6 boleh diketahui melalui SMS mulai 2 Mei 2011. 

Taip MOE (jarak) T6 (jarak) NO_KP Hantar ke 15888. 

Atau boleh saja diketahui menerusi laman web KPM

Dari sumber rasmi yang saya terima, pendaftaran pelajar Tingkatan Enam Rendah 2011 ialah pada 9 Mei 2011.

Sebarang rayuan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dari pihak sekolah, PPD terdekat dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. 

Selasa, April 19, 2011

Kem Jati Diri Pra-U SMKA Segamat 2011

Bagi mengulangi tradisi tahun-tahun terdahulu, KRISS sekali lagi mengadakan perkhemahan tahunannya. Kali ini perkhemahan tersebut dinamakan Kem Jati Diri Pra-U SMKA Segamat 2011. Lokasinya, Teluk Gorek Chalet & Camp Site, Tanjung Resang, Endau. Tarikhnya, 8 hingga 10 April 2011. Seramai 28 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat dalam kem ini. Kem ini diisi dengan ceramah motivasi, jungle tracking mendaki Gunung Arong, sukan pantai, berkayak, barbeku, pertandingan memasak dan dirasmikan penutupannya oleh puan pengetua Hajah Siti Esah Abdul Latif.  Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Ceramah Motivasi oleh Cikgu Haji Roslan Nikmat
Recall to the future
Senaman pagi pertama

Tapak khemah betul-betul di tepi laut
Makan tengah hari yang lazat
Di Puncak Gunung Arong
Permulaan mendaki Gunung Arong
Cerun sukar
Majlis perasmian penutup
Puncak
Meredah pantai
Pemenang pertandingan berkayak
Seluruh peserta kem 2011