Khamis, Mei 12, 2011

Majlis Pendaftaran Prauniversiti SMKA Segamat 2011

9 Mei 2011 
Jika mengikut senarai yang kami terima, seramai 210 pelajar telah ditawarkan secara online untuk melanjutkan pengajian mereka ke Tingkatan 6 Bawah di SMKAS. Namun yang hadir pada hari pendaftaran cuma 42 orang sahaja. Namun jumlah itu dianggap wajar, kerana seperti kebiasaan, para pelajar akan datang mendaftar secara "beruncit-runcit" dan akan mencecah lebih 50 orang seperti tahun-tahun yang lalu.


Majlis pendaftaran bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi taklimat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung - terutamannya para pelajar Tingkatan 6 Atas yang sangat ringan tulang membantu.


Kepada semua pelajar baru, selamat datang diucapkan. AHlan wa sahlan wa marhaban bikum! Moga kalian bertemu cinta baru di sini.